Khamis, 23 Februari 2012

Syukran Ya Ilahi..

Alhamdulillah, selamat di temuduga semalam oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP). Debaran yang kian lama di tunggu akhirnya berlangsung jua. Mujur dapat menjawab dengan baik dan tenang walaupun pada mulanya rasa gelabah juga meskipun telah banyak kali menghadiri sesi temuduga termasuk anjuran MARA. Apa pun, ucapan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang termasuk dalam kumpulan 6 orang semalam. Semoga kita bersama-sama mendapat anugerah yang barakah dari Ilahi. InsyaAllah, kita akan bersama-sama untuk dipostingkan sikit masa lagi.