Herbs Secret
::Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba-herba Kita, Nescaya Mereka Sanggup Menukarkanya Walaupun Dengan Ketulan-ketulan Emas (Tn. Hj. Ismail Ahmad)::
Khamis, 23 Februari 2012
Syukran Ya Ilahi..
Alhamdulillah, selamat di temuduga semalam oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP). Debaran yang kian lama di tunggu akhirnya berlangsung jua. Mujur dapat menjawab dengan baik dan tenang walaupun pada mulanya rasa gelabah juga meskipun telah banyak kali menghadiri sesi temuduga termasuk anjuran MARA. Apa pun, ucapan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang termasuk dalam kumpulan 6 orang semalam. Semoga kita bersama-sama mendapat anugerah yang barakah dari Ilahi. InsyaAllah, kita akan bersama-sama untuk dipostingkan sikit masa lagi.
Isnin, 14 November 2011
Promosi..promosi..promosi
Lama tidak meng'update' disini..mohon maaf kepada pelawat setia. Walau bagaimanapun, promosi tetap promosi..dengan aplikasi my portal yang di perkenalkan oleh edorey technology sdn bhd, proses membina website akan menjadi lebih mudah dan lebih berkesan. Dengan kos hanya RM50, anda akan perolehi sebuah laman web yang sememangnya hebat. Bagi yang memerlukan perkhidmatan tersebut, boleh terus menghubungi saya di talian 019-7880020.
Sabtu, 9 Julai 2011
4RealByte Technology Solution menyediakan ruang dan peluang perniagaan khas utk ANDA...
4RealByte Technology Solution menyediakan perkhidmatan membina laman web samada untuk syarikat atau perseorangan, pendaftaran hosting dan domain serta perkhidmatan yang berkaitan dengan menggunakan myportal V2 yang bercirikan mesra pengguna termasuk aplikasi DIY (Do It Yourself), RVsidebuilder, RSS feed, pengurusan banner dan bermacam lagi.
Dengan hanya 7 langkah mudah, anda dapat memiliki sebuah laman web persendirian/bisnes dengan harga yang amat rendah.
Edorey Technologies Sdn Bhd adalah antara syarikat induk yang menawarkan perkhidmatan hosting terbaik di Malaysia dengan harga yang cukup rendah dan berpatutan. Berdaftar dengan .my registry dan di selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
My Portal adalah sebuah aplikasi perniagaan yang merangkumi laman portal, imej, gambar, video, dan alatan digital lain yang dimuatkan ke dalam 'Web Server' dan dapat diakses melalui Internet.Setelah melalui proses pembangunan dan penyelidikan selama 7 tahun oleh team kami, Edorey Technologies dengan penuh yakin ingin memasarkan sistem ini.Dengan memberi tumpuan sepenuhnya kepada teknologi yang terbaik, MyPortal adalah satu-satunya sistem yang direkabentuk bagi membolehkan anda membina laman web dengan ciri-ciri portal dengan cukup mudah dan fleksi.
Dengan menggunakan konsep 'Do-IT-Yourself' (DIY), MyPortal membolehkan anda mengawal dan mengubahsuai keseluruhan kandungan laman web anda tanpa memerlukan khidmat Pakar Web. Sistem MyPortal yang interaktif dan dinamik lengkap dengan ciri-ciri portal membolehkan anda memasukkan video, montaj, galeri multimedia, flash, directory, rss feed, java script serta 'add on' tanpa batasan.MyPortal membolehkan anda membina laman web anda semudah menggunakan 'word processor' dan tanpa memerlukan sebarang perisian (software), anda hanya perlu melayari Internet.
MyPortal adalah satu-satunya sistem portal DIY mesra pengguna pertama di dunia dan dijangka akan menggantikan semua sistem laman web konvensional di pasaran.
MyPortal adalah sebuah mini portal yang mempunyai harga yang paling rendah dipasaran iaitu RM50 setahun. Ianya direkacipta khusus untuk rakyat Malaysia yang masih lagi mementingkan ciri DIY dan mesra pengguna. Menggunakan teknologi ‘backend’ yang berbeza dari portal whizz, MyPortal diyakini telah membolehkan seluruh warga rakyat Malaysia tidak kira individu, pemilik perniagaan, pelajar mahupun sesiapa sahaja, mampu memiliki MyPortal ini.
Mensasarkan pengguna sebanyak 1.5 juta, ianya akan menjadikan MyPortal sebuah komuniti maya terbesar di Malaysia menjelang tahun 2010 nanti. MyPortal juga membolehkan pemiliknya menjana pendapatan yang lumayan dari syarikat pengiklanan gergasi maya dunia iaitu Google Incorporation melalui fungsi Google Adsense yang telah siap dibina dalam ‘enjin’ MyPortal.
Antara ciri-ciri yang terdapat pada my portal V2 ialah :
1)Pengurusan Kandungan / Content Management System (CMS)
2) Berita dan Pengumuman / News and Announcement
3) Peta Laman / Site Map
4) Buku Pelawat / Guestbook
5) Direktori / Directory
6) Search Engine Optimization (SEO)
7) RSS
8) Petikan Kata / Quotes
9) Statistik Pelawat / Visitor Statistic & Tracking
10) Kajian Laman / Site Survey
11) Dwi Bahasa / Multi Language
12) Pengurusan Muat-Naik / Upload Manager
13) Pengurusan Muat Turun / Download Manager
14) Peta Carian / Search Function
15) Google Adsense
16) Google Analytic Code
17) Pengurusan Keahlian / Member Manager
18) Pengurusan Banner / Banner Manager
Anda tidak mungkin dapat menikmati kadar serendah RM50 untuk memiliki sebuah portal/website yang menarik dengan pelbagai aplikasi dengan hanya RM50. Pakej ini termasuk :
1) 1 Subdomain
2) 1 GB Ruang Hosting
3) 3 Akaun Email
4) Ruang Bandwidth tidak terhad
5) 5 mukasurat dengan kemasukan artikel tanpa had
6) Portal Whizz CMS
7) Pengurusan Banner
8) Ruangan Kaji Selidik
9) Peta Carian
10) Dwi Bahasa
11) Ruangan Google Adsense dan Google Analytic
Hubungi admin untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan perkhidmatan yang di tawarkan.
Sila emelkan pertanyaan serta kemusykilan anda kepada admin@4realbyte.myportal.my
***Agen di perlukan.
SMS 4RB<>EJEN/PERTANYAAN/TEMPAHAN SIDE<>NAMA<>ALAMAT<>NO KAD PENGENALAN ke 019-7880020

Jumaat, 25 Mac 2011
Kisah si penjual tempe
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari …. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, “Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe …. Amin”
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu !!!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.
Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.
Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi !!!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.
Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.” Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya “Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”.
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.
Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…
Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.. oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat

Selasa, 1 Mac 2011
Minyak Zaitun
Minyak Zaituk keluaran HPA (Muslim Produk) |
PENGENALAN
Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasiltani di benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan palestin sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.
Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda SAW sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.
Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.
- Extra Virgin Olive Oil
Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar keasidan 0.5-1 peratus. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk dijadikan sos salad.
- Virgin Olive Oil
Kandungan asidnya sekitar 4 peratus. Ia berwarna hijau kekuningan. Biasa digunakan sebagai campuran masakan atau hidangan tumisan.
- Olive Oil
Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4 peratus. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.
Jeruk zaitun mungkin hanya terkenal di Eropah dan Timur Tengah sahaja, tetapi hasil minyak daripada buah zaitun terkenal di seluruh dunia. Di Itali, minyak zaitun digunakan secara meluas dalam pasta, piza dan aneka masakan lain.
Namun bukan hanya untuk masak-memasak sahaja menyebabkan buah purba ni begitu digemari. Sejak berzaman ramai yang percaya bahawa buah ini merupakan ubat kepada pelbagai jenis penyakit.
Benarkah begitu? Sejauh manakah khasiat sebenar minyak zaitun? Hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus.
Buah Zaitun hitam dan hijau |
Pakar kecantikan juga sepakat mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna untuk kecantikan. Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya. Jadi apa ditunggu lagi?
Menurut statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat. Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu. Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal. Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukan arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.
Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health" dan "Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser. Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari "Institute of Health Science" membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.
Pohon Zaitun yang berusia 1500 tahun |
KEGUNAAN DAN KELEBIHAN MINYAK ZAITUN
- Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
- Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
- Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
- Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
- Antioksidan dan antikanser
- Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
- Membekal vitamin E
- Kecantikan (kulit dan rambut)
- Kestabilan asid lemak
- Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
- Kegunaan masajterapi
Penggunaan:
- Gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
- Mengambil secara terus sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari
Label:
Minyak Zaitun,
Produk HPA
Jumaat, 25 Februari 2011
Produk Hari Ini : Habbatus Sauda' Soft Gel
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Hadithnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain: “Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim).
Nabi Muhammad s.a.w bersabda : ” Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati ” ( Hadis riwayat Bukhari ).
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino. Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:
- Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
- Antiarthritis, mengubati rheumatik.
- Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
- Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
- Antiseptik, mengubati bau mulut.
- Antivirus, mengubati demam dan flu.
- Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
- Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
- Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
- Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
- Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
- Nematocidal, mengubati cacing pita.
- Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
- Mempertingkatkan sistem immuniti
- Meningkatkan tenaga seksual
Sifat seorang Herbalis Muslim
Muqaddimah
Herbalis adalah juga menjadi para da'i yang bekerja di jalan Allah. Kesempurnaan akhlaq dan sifat sangat diperlukan kerana natijah yang dikejar ialah kesembuhan di dunia dan kesembuhan hakiki di akhirat. Oleh sebab itulah mari kita bersama-sama cuba menyelami dan mengutip seribu mutiara akhlaq yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Langkah ini akan berakhir kepada perubahan yang menyeluruh terhadap diri dan personaliti seorang herbalis.
Pemaaf.
Amat sukar juga kadangkala kita untuk mengucapkan perkataan maaf kepada orang yang telah menyakiti hati kita selama ini. Perasaan dendam masih terasa dilubuk hati dan kita akan selalu memikirkan bilakah Allah akan membinasakannya. Namun bagitu jika kita memilih jalan Rasul sudah tentu kita akan lebih banyak rasa ingin memaafkannya dari rasa hendak menghukum. Kita sentiasa menyerahkan kepada Allah bagi menahan runtunan marah dari cuba menghapuskannya dengan pelbagai cara. Inilah kemuliaan hati manusia jika ia mampu membuang sesuatu yang dia mahu.
Nabi SAW memberikan petunjuk bahawa terdapat dua amalan yang akan dikurniakan Allah dengan kemuliaan iaitu sedekah dan sifat pemaaf. Kedua-dua amalan ini tetap meleburkan perasaan diri sendiri kerana memikirkan hidup ini adalah kehidupan berjamaah bukan individu.
Maksud Hadis Nabi SAW
"Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, 'Tidaklah akan berkurang harta seseorang itu kerana bersedekah. Dan tidak pula Allah akan menambahkan kepada orang yang suka memaafkan kecuali kemuliaan. Dan tidak pula orang yang rendah hati kepada Allah kecuali Allah akan menaikkan darjatnya. (Sahih Muslim)
ii. Cepatlah meminta maaf pada orang yang kamu aniaya
"Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, 'Barang siapa yang telah berlaku zalim pada orang lain dengan merosak nama baik atau harta orang lain tersebut, maka cepatlah minta maaf kepada orang tersebut sebelum datang hari di mana mata wang tidak berlaku lagi. Kalau ia mempunyai amal baik, sebahagian dari amal baiknya itu akan diambil sesuai dengan kadar aniaya yang telah dilakukannya. Kalau ia tidak mempunyai amal baik, maka dosa orang itu diambil dan ditambahkan kepada dosanya.' (Sahih Bukhari)
iii. Kisah seorang pembunuh yang dimaafkan
"Dari Al-Qamah bin Wa'il bahawa ayahnya bercerita, 'Ketika aku duduk bersama Nabi SAW, tiba- tiba datang seorang lelaki datang dengan menyeret orang lain yang diikatnya dengan seutas tali. Lalu orang itu berkata,'Ya Rasulullah, orang ini telah membunuh saudaraku. Dan jika ia tidak mahu mengakuinya aku akan membawa buktinya' Rasulullah SAW bertanya, 'Benarkah engkau telah membunuh saudaranya? orang yang diseret itu berkata, ' Ya benar.' Rasulullah SAW bertanya lagi, 'bagaimana engkau membunuhnya?' ia berkata, 'ketika aku dan saudaranya sedang mengambil dedaunan pada suatu pohon untuk makanan ternakan kami, saudaranya memaki ku sehingga aku marah dan memukul kepalanya dengan kapak ku ini hingga terbunuh.' Nabi SAW bertanya kepadanya, 'Apakah kamu mempunyai sesuatu untuk menebus dirimu?' ia menjawab, 'aku tidak mempunyai harta sedikit pun kecuali baju dan kapak ku ini. 'Nabi saw bersabda, 'tanyakan pada keluarga mu mungkin mereka mempunyai harta untuk
menebus mu.' ia berkata, 'aku lebih hina dari keluarga ku atas hal ini.' kemudian Nabi pun menyerahkan tali itu kepada lelaki yang saudaranya terbunuh seraya bersabda, 'ku serahkan ia pada mu (mahu dibunuh atau pun tidak).' lelaki itu pun membawanya pergi. Ketika lelaki itu pergi Nabi SAW bersabda 'jika ia membunuhnya, kedudukannya menjadi sama. 'tidak lama kemudian lelaki itu datang kembali seraya berkata, 'Ya Rasulullah, telah sampai padaku bahawa engkau telah berkata, jika aku membunuhnya maka kedudukanku sama dengan nya, padahal aku membawanya atas perintah engkau? 'Rasulullah SAW bersabda, 'mahukah engkau memaafkannya? Dan akan menjadi penebus dosa mu dan dosa saudara mu.' dia berkata, 'Ya Nabi Allah, tentu sahaja aku mahu.'Nabi SAW bersabda, 'jika demikian, lepaskanlah dan bebaskanlah ia.' maka orang itu membuang tali dan membebaskan orang tersebut.'
(Sahih Muslim)

Langgan:
Catatan (Atom)