Salam sejahtera kepada semua pembaca. Alhamdulillah, dengan izin-Nya dapat bertemu kembali dalam ruang maya yang tidak seberapa ini. Walaupun jarang-jarang sekali menulis disini, tapi ia tetap di hati. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pengunjung yang sudi menjengah ke ruangan ini. Besarlah harapan penulis supaya ia mampu membentuk setitik kesan dalam hati dan mampu mempengaruhi tindakan sehari-hari. Israel pengkhianat dunia. Seluruh dunia sekarang ini hangat memperkatakan tentang keganasan tentera zionis itu yang menyerang Gaza. Ape yang mampu kita lakukan hanyalah berdoa dan memboikot barangan yang mempunyai kaitan dlm membantu menyokong kekejaman tentera zionis itu. Dalam keriangan rakyat Malaysia yang sedang asyik bercuti ketika cuti sekolah ini, rakyat di Palestin menderita akibat serangan yang membunuh keluarga serta sanak-saudara yang dicintai. Semoga Allah melindungi saudara2 kita di sana.
Isu gula yang tiada kesudahanya. Asyik2 gula. gula..gula..gula..Kat mane nak cari gula..Alamak, gula habis..kedai sorok gula..dan macam2 lg la rungutan yang sering kedengaran apabila isu gula dibangkitkan. Itu sudah menjadi lumrah dalam kehidupan. rungutan masyarakat umum sana sini tentang keperluan untuk mendapatkan gula. Kadang-kala begitu sukar untuk difahami. Tetapi, nak atau tak nak, kita perlu faham dengan situasi tersebut. Krisis gula bermula apabila wujudnya keresahan di kalangan pengguna terhadap kenaikan harga barang itu. Kadang-kala ada yang menyimpanya dalam kuantiti yang banyak menyebabkan bekalan gula bagi pengguna harian tidak mencukupi di beberapa kawasan di Malaysia.
Sebenarnya, masyarakat tidak perlu khuatir berkenaan dengan kenaikan harga barangan itu mahupun kehabisan stok. Mengikut perangkaan, bekalan gula adalah mencukupi bagi setiap kawasan. Apabila berlaku fenomena ‘pembelian mengejut’ , maka itulah yang menjadi punca kepada kekurangan gula lalu menyebabkan ketakutan di kalangan pengguna. Untuk pengetahuan semua, mengikut kajian yang dijalankan, gula adalah punca utama kepada penyakit kencing manis atau diabetis yang memerlukan kos rawatan lanjutan yang begitu tinggi.
Cuti sekolah menjelma lagi. Maka, tempat-tempat peranginan menjadi tumpuan masyarakat sehingga menimbulkan kesesakan dan pencemaran. Maka, permintaan terhadap barangan keperluan harian juga meningkat..apatah lagi gula. Musim-cuti ni le nak buat kenduri kahwin. Maka, permintaan terhadap barangan yang di panggil ‘gula’ semakin tinggi. Ada juga relevannya, kerajaan mengadakan kempen kurangkan gula di kalangan masyarakat. Sedarlah, sebenarnya tindakan kerajaan itu kerana sayangkan rakyatnya.