Selasa, 21 Disember 2010

Dua ayat terakhir Surah Al-Baqarah

Dipetik dari Abul Fidaa’ Ismail Bin Katsir Al-Quraisy (Ibnu Katsier) (1988), Tafsir Ibnu Katsier, Jilid 1,  H. Salim Bahreisy dan H. Said Bahreisy (terj), Kuala Lumpur: Victory Agency, h. 526-530.
  • Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda:
“Siapa yang membaca 2 ayat terakhir surah al-Baqarah di waktu malam, maka telah mencukupinya (Iaitu keperluan keselamatan dunia akhiratnya telah terpenuhi)”
  • Abu Dzar r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda:
“Aku telah diberi penutup surah al-Baqarah dari perbendaharaan di bawah Arsy, tidak pernah diberikan kepada Nabi yang sebelumku”
  • Ali r.a. berkata:
“Aku tidak melihat seorang yang mengerti Islam tidur melainkan lebih dahulu membaca ayat kursi dan penutup surah al-Baqarah, sebab itu perbendaharaan kekayaan yang diberikan kepada Nabimu saw dari bawah Arsy.
  • Abdullah r.a. berkata:
“……Rasulullah saw diberikan 3 perkara ketika diisraakan ke sidratul muntaha di langit ke-7 iaitu solat 5 waktu, akhir surah al-Baqarah dan diampunkan bagi siapa yang tidak syirik dari umatnya semua dosa yang besar”
Surah al-Baqarah (ayat 285 dan 286) yang bermaksud:
[285]
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.
[286]
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan