Jumaat, 24 Disember 2010

Panel Syariah HPA.

Pelancaran MLM Syariah (MLMS) HPA mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh pemimpin dan pengedar HPA dari seluruh negara. Ribuan orang hadir memenuhi ruang Dewan Utama Lembaga Tabung Haji, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.




Surat Deklarasi MLM Syariah HPA


Dianggarkan lebih 1,200 orang hadir ke Majlis Pelancaran Ais Krim Toyyibah sempena Seminar MLM Syariah HPA yang diadakan di Dewan Besar Bangunan Tabung Haji Kuala Lumpur semalam. Dewan yang hanya boleh menampung 500 orang itu penuh sesak dan terpaksa pihak penganjur menyediakan beberapa layar besar di luar dewan.

Sesi soaljawab dalam seminar MLMS agak panas disebelah petang tetapi dapat dijawab dengan tenang oleh ahli panel yang terdiri daripada Pengarah Urusan HPA Tn. Hj. Ismail, Pengurus Besar HPA En. Mohd Faisol dan 3 wakil panel syariah iaitu Us Ahmad Ali, Us. Adnan Fadhil dan Prof Madya Dr Ishak Suliaman.

Di akhir seminar sebelum doa penutup dibacakan oleh Al Fadhil YB Hashim JasinUs Ahmad bin Ali selaku Pengerusi Panel Syariah HPA telah membacakan deklarasi MLM Syariah HPA sebelum diserahkan kepada Pengarah Urusan Tn Hj Ismail Hj Ahmad. Antara isi kandungan deklarasi tersebut ialah:

1. Sistem urusniaga yang dijalankan oleh HPA melalui sistem MLMnya adalah menepati rukun-rukun dan syarat-syarat urusniaga yang ditetapkan oleh syariat Islam.

2. Panel syariah tidak menemui pada zahirnya sebarang unsur-unsur yang bertentangan dengan ketetapan syarak.

3. Sekaligus sistem MLM HPA tersebut pada dasarnya memenuhi ciri-ciri MLM SYARIAH yang diputuskan oleh panel syariah.

Maka dengan itu, panel syariah mengakui dan mengisytiharkan untuk ahli-ahli HPA khususnya dan umat Islam umumnya bahawa MLM HPA adalah berlandaskan syariat Islam dan layak dianggap terus berjalan selama MLM HPA mematuhi garis panduan MLM Syariah yang diputuskan oleh panel syariah.

Panel syariah berpesan kepada seluruh warga HPA samada yang terbabit dalam pengeluaran barangan atau penjualannya agar terus berkomitmen dengan syariah ALLAH, bertaqwa kepada-Nya serta sentiasa jujur an amanah.

Prof Madya Dr Ishak Suliaman dan Dr Mohd Hassan Zaid Ramly antara tokoh yang membentangkan dua kertas kerja mengenai MLM Syariah dan perbezaannya dengan MLM Konvensional. Sambutan dan persoalan yang ditunjukkan oleh peserta amat memberangsangkan.

Seminar MLMS ini adalah julung-julung kali diadakan di negara kita. Ratusan malah jutaan umat Islam di Malaysia terlibat dengan perniagaan MLM. Malangnya ramai yang tidak mengetahui dan membezakan yang mana satukah MLM yang benar-benar menepati kehendak syarak dan MLM yang masih menjalankan sistem secara kapitalisme dan mengaut keuntungan dan pendapatan secara haram.

 Ucapan Pengarah Urusan HPA

Seminar yang dirasmikan oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad membuka satu lembaran baru ke arah memperkasa dan memperjuangkan MLM yang benar-benar mendapat berkat dan redha daripada Allah SWT. Semoga usaha kecil yang dilakukan oleh HPA akan membuka mata kepada semua peminat MLM terutama yang sebangsa dan segama dengan kita.

 Antara barisan pemimpin yang hadir.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan