Khamis, 2 Disember 2010

Tuju angin meneyelsaikan masalah perut.

Dah lama rasanya tidak meng'update' disini. sesekali rasenye seperti amat rindu jika tidak membuka ruangan ini. Baiklah, pada hari ini saya akan berkongsikan beberapa perkara penting yang mungkin juga boleh di cuba oleh orang lain. ini bukan tips tapi lebih kepada testimoni ataupun pengalaman sendiri dalam mengamalkan produk herba. Antaranya ialah dengan menggunakan herba tuju angin sebagai bahan pelega kepada masalah buang air besar. Caranya, buka sebanyak 2 kapsul dan di campur dalam segelas air suam. Lebih baik juga kalau ada kapsul radix di rumah kerana ia mengandungi beberapa jenis herba lain yang mempunyai khasiat dalam memberi tenaga kepada tubuh badan. Minum semasa perut kosong, Insyaallah, ia juga berfungsi sebagai pembuang angin dan mampu melegakan simtom-simtom seperti pening kepala, muntah-muntah, tidak lawas buang air besar, sakit sendi dan sebagainya yang berpunca daripada angin. Testimoni tersebut ialah antara pengalaman saya sendiri dalam mengamalkan herba tuju angin di samping mencubanya untuk keluarga dan sahabat handai. Dengan izin Allah, setelah mencuba herba tuju angin dalam teknik perawatan tersebut, saya menemui keajaiban herba ciptaan Allah yang mampu dalam menangani pelbagai masalah dalaman terutama sekali lingkungan organ perut dan usus.Di bawah di kongsi juga khasiat dan kelebihan lain produk herba tuju angin.

Herba Tuju Angin dihasilkan oleh tumbuhan yang mujarab untuk masuk angin serta melancarkan pembuangan air besar, sehingga badan terasa ringan. Herba ini merupakan makanan kesihatan yang baik untuk tua mahupun muda, baik lelaki atau perempuan. Ia dapat mengatasi masalah angin seperti :


1. Angin Duduk: cepat penat, terasa mual
2. Angin Darah: emosi dan cepat marah
3. Angin Sendi: sakit-sakit badan, lemas, kesemutan dan terasa ditusuk-tusuk pada kaki dan tangan.

Herba Tuju Angin juga baik untuk mengubati migrain, gejalanya sakit kepala sebelah, tiba-tiba pusing. Selain itu, ia baik untuk mengatasi masalah gastrik seperti perut kembung, terasa kenyang sebelum makan.

Manfaat herba ini:
1. Mengatasi perut kembung
2. Menghilangkan rheumatik
3. Mengatasi migrain
4. Mengatasi maag/gastrik
5. Menghilangkan kesemutan pada hujung jari
6. Meredakan sakit sendi
7. Hilang selera makan
8. Lemah tenaga batin
9. Rheumatik

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Cinnamomum Iners
2. Vitex Pubescens
3. Micromelium Pubescens
4. Morinda Eliptica

Dos :
Malam 2 kapsul dan 1 kapsul untuk pagi.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18

Nilai Mata (NM): 8

====================================

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Herba Tuju Angin Tulisan Tuan Haji Ismail bin Ahmad, Pengarah Urusan HPA

Tablet kalsium.

Pada pandangan saya pengambilan kalsium khususnya untuk masalah asteoporosis boleh menambah parah keaadaan itu. Ini kerana kalsium yang diambil sukar diserap tanpa bantuan beberapa vitamin dan mineral yang lain. Calsium mestilah diambil bersama magnesium dan vitamin D. Pengambilan kalsium yang tinggi juga menyekat penyerapan zink. Oleh sebab itu sumber kalsium yang terbaik adalah daripada tumbuh-tumbuhan terutama pada tumbuh-tumbuhan yang berakar tunjang.
Mari kita buat satu kajian siapakah yang lebih cepat terkesan antara pengguna calsium tablet dengan pengguna herba tuju angin HPA. Masalah kehausan tulang dan lendir tidak dapat diatasi dengan tablet kalsium tetapi boleh diatasi dengan Herba Tuju Angin(HTA). HTA mempunyai kalsium, magnesium dan zink dan pelbagai mineral lain yang wujud dalam bentuk mineral surih.


3 ulasan:

  1. Assalam , mcm mana saya nak dapatkan Herba Tuju Angin , saya tinggal di puchong perdana

    BalasPadam
  2. salam mcam mne nak dapat kan herba ini?

    BalasPadam
  3. Sya Ada gestrik pedihpd hilu hati sakit smpai belakang badan..pening sampai huyung hayang..satu badan sakit lenguh2..buang air besar pun 2hr sekali..perasaan panik dn perasan mcm nk mati tiba2..kepala sakit smpai kebelakang leher..Ingt darah tinggi tapi cek tekanan ok..apa herba yg sesuai dng saya..atau sya Ada gerd tlong beri pencerahan

    BalasPadam