Ahad, 7 November 2010

Kelebihan Herba Bawang Putih.



Bawang putih @ dikenali sebagai Allium sativum merupakan bahan yang seringkali digunakan dalam masakan. Tahukah anda bahawa bawang putih juga boleh juga bertindak sebagai herba untuk rawatan penyakit? Pada zaman dahulu kebanyakkan mereka menggangap bahawa bawang putih membawa kepada perkara yang tidak baik. Ini terbukti yang mana bagi masyarakat Greek purba, mereka yang memakan bawang putih tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah suci. Bahkan juga kepercayaan yang mengatakan bawang putih telah menyelamatkan Odysseus/Ulyses daripada ditukar kepada babi.

Walaupun bawang putih sering kali dikaitkan dengan perkara yang tidak baik, tetapi ajaibnya tumbuhan ciptaan Allah ini, bawang putih telah menjadi ubat untuk merawat pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, ulser, cirit birit dan sebagainya. Penerangan terperinci mengenai bawang putih dalam rawatan sesuatu penyakit akan diterangkan dibawah.

-) Bawang putih dalam rawatan penyakit tekanan darah tinggi

Penyakit darah tinggi adalah satu daripada penyakit yang sangat merbahaya untuk kesihatan kita. Ini kerana apabila tekanan darah tinggi, pelbagai penyakit yang lain akan muncul serentak dengan tekanan darah kita yang tinggi. Antara penyakit tersebut ialah, penyakit jantung, Strok (angin ahmar) akibat saluran darah pecah @ tersumbat dan yang lebih teruk lagi akan berlaku kematian secara tiba-tiba akibat daripada tekanan darah tinggi.

Kebanyakkan ahli perubatan mendapati bawang putih adalah satu cara yang paling baik dalam mengatasi masalah tekanan darah tinggi. Bahkan bawang putih mampu memenuhi semua keperluaan agen terapeutik yang baik untuk mengurang tekanan darah tinggi. Bahkan kita tidak memerlukan lagi untuk mengambil ubat-ubatan moden yang adakala membawa kesan sampingan yang tidak baik. Bahkan ia juga mampu menaikkan balik darah seseorang yang mengalami masalah tekanan darah rendah.

Jadi secara kesimpulan bawang putih mampu merawat penyakit tekanan darah tinggi, bahkan ia juga mampu merawat penyakit tekanan darah rendah.

Selain daripada bawang putih, daun pegaga juga mampu merawat masalah darah tinggi. Adakala seseorang tidak berminat dengan bawang putih kerana baunya yang adakala tidak menyenang, jadi pegaga juga salah satu pilihan yang terbaik dalam merawat penyakit darah tinggi.

Selain daripada pegaga, Mengkudu juga salah satu lagi herba tradisional pilihan yang baik untuk merawat masalah tekanan darah tinggi bahkan ia banyak terdapat di negara Asia Tenggara. Untuk pengetahuan anda semua, negara Australia dan kepulauan pasifik telahpun menggunakan buah mengkudu, dalam rawatan pelbagai jenis penyakit.

Ikan yang ada di perairan sejuk seperti ikan kod, tenggiri biru solmon juga boleh bahan yang sesuai untuk merawat penyakit darah tinggi, memandangkan kandungan EPA (Epicosa Pentaenoic acid), DHA (Docosa hexaenoic acid) yang tinggi. EPA dan DHA merupakan bahan yang baik dalam proses merawat penyakit darah tinggi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan