Selasa, 2 November 2010

Selamat pagi...

Pagi yang indah, dengan pancaran mentari pagi yang terbit dari ufuk timur, serba sedikit mampu memberi motivasi dan sedikit keyakinan pada diri ini bagi meneruskan kehidupan bergelar manusia. Didoakan semoga segala manusia berada dalam keadaan sejahtera dan bahagia hendaknya. 


Melihat kepada trend manusia kini, kita lebih gemar memulakan hari dengan tidak bersarapan pagi. Sebenarnya, tahukah anda bahawa, bersarapan pagi itu lebih penting berbanding makan tengahari. Pasti ramai yang tak tahu berkenaan maklumat ini. Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan. Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan. Haa, skrg camner? masih tak nak bersarapan.

Otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah. Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti. Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik. Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Semoga fakta ini dapat di kongsi dan memberikan sedikit maklumat buat pembaca. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan