Rabu, 17 November 2010

SPIRULINA.

Spirulina (arthospira) ialah sejenis algae biru-hijau iaitu tumbuhan hijau mikroponik yang dipercayai diantara yang terawal dicipta di atas muka bumi ini. Setelah manusia mengetahui segala khasiat yang ada padanya, maka ia telah mula dijadikan makanan kesihatan. Ia telah lulus dan menepati piawaian kualiti makanan antarabangsa dan piawaian keselamatan.

Dewasa ini hampir setiap hari sebahagian besar manusia terdedah kepada pencemaran yang bersumber dari asap, debu, bahan-bahan kimia dan makanan olahan. Kebanyakan daripada makanan yang dimakan oleh manusia boleh menyebabkan penompokan toksid dalam badan dan meracuni tubuh dalam masa yang panjang. Akibatnya timbullah bermacam-macam masalah kesihatan seperti kanser, sakit jantung, menurunnya imuniti dan fungsi organ menjadi lemah.

KLOROFIL
Warna hijau yang terdapat pada spirulina ini menunjukkan ia mengandungi kadar klorofil yang tinggi, ianya berfungsi sebagai pencuci alami untuk nyahtoksid. Kesan dari pengamalan spirulina menunjukkan ginjal terselamat dari keracunan logam berat dan kesan dadah dari ubatan moden. Ia juga bertindak sebagai pencuci kolon yang menyingkirkan keracunan.

PENGHADAMAN DAN PENCERNAAN
Spirulina adalah makanan kesihatan terbaik, terutama bagi golongan tua dan mereka yang menghadapi masalah pencernaan kerana ianya tidak mempunyai selulos pada dinding selnya. Ia terdiri dari mukopolisakarida lembut yang mana kadar penyerapannya 85 ~ 95% lebih baik daripada susu tepung (mengandungi asid laktik yang sukar diserap).

Spirulina juga bersifat pelawas, dapat menghindarkan sembelit. Disamping itu spirulina menolong menghidupkan mikrob lactobacillus dan membantu mengatasi masalah penghadaman dan penyerapan. Pengambilan spirulina menyebabkan rasa kenyang dan mempercepatkan masa transit makanan dalam gastrousus. Di Jepun, 30 lelaki yang tinggi kolestrol, menghidap darah tinggi dan hyperlipidermia menunjukkan penurunan kolestrol, triglyceride dan LDL selepas mengambil spirulina selama 8 minggu tanpa mengubah diet mereka.

β-KAROTEN
Βeta karoten ialah bahan antioksidan yang bertindak secara sinergi bersama vitamin, mineral dan polynutrien bagi mengelakkan kanser. Beta karoten juga diperlukan untuk penglihatan. Vitamin A jika diambil berlebihan boleh menjadi toksid. Berbeza dengan beta karoten yang terdapat di dalam spirulina, ia hanya akan ditukarkan kepada vitamin A oleh tubuh bila diperlukan saja. Spirulina didapati mengandungi 10 kali ganda beta karoten berbanding karot dan 2 kali ganda berbanding lobak.

Seseorang memerlukan 5000 IU beta karoten setiap hari. 10gm spirulina dapat menghasilkan 23,000 IU dengan kelebihan 460%.

ANEMIA
Zat besi diperlukan untuk pembentukan sel darah merah dan menguatkan sistem imuniti. Kekurangan zat besi mengakibatkan terjadinya penyakit anemia terutamanya pada kanak-kanak dibawah umur 2 tahun, remaja perempuan, ibu mengandung dan orang tua.

Spirulina mengandungi zat besi yang tinggi. Setiap 10 gm spirulina membekalkan 10mg zat besi dan ini merupakan 55% daripada keperluan harian. Zat besi spirulina mudah diserap oleh tubuh manusia kerana ada pigmen biru yang dikenali sebagai phycocynin. Kadar penyerapannya 2 kali ganda berbanding dengan zat besi yang terdapat dalam sayur-sayuran dan daging.

Kekurangan vitamin B 12 (cyanocobalamin) juga menyebab berlakunya kurang darah (anemia). Agak sukar untuk mendapatkan vitamin ini daripada tumbuh-tumbuhan melainkan daripada spirulina. Ianya amat berguna untuk pembinaan sel darah merah, sum-sum tulang dan sistem saraf.

PROTEIN
Protein yang terdapat pada haiwan selalunya menjadi penyebab kanser. Sebaliknya protein dari tumbuh-tumbuhan berfungsi sebagai pencegah kanser terutama kanser payudara dan prostat.

Komposisi protein di dalam spirulina adalah 65%, dan kadar ini merupakan yang tertinggi berbanding dengan makanan asli yang lain seperti kacang soya (35%), susu tepung (35%), kacang tanah (25%), ikan dan daging (15 ~ 25%), telor (12%) dan bijian (8 ~ 14%).

Wanita mengandung memerlukan protein yang tinggi iaitu 44 ~ 74 gm. Walaupun spirulina mengandungi protein yang tinggi tetapi kandungan lemak, kolestrol dan kalorinya adalah rendah berbanding dengan telor dan daging. 10 gm spirulina mengandungi 1.3 mg kolestrol dan 36 kalori, sedangkan telor mengandungi 300 mg koletrol dan 80 kalori.

Spirulina merupakan makanan kesihatan yang mengandungi protein yang lengkap. Protein dianggap lengkap jika ia mengandungi semua asid amino yang diperlukan oleh tubuh.

Ahli-ahli sains seluruh dunia telah mendapati bahawa algae seni ini sangat baik kepada kesihatan manusia dan dapat meningkatkan kesihatan dalam berbagai cara seperti:
~Meningkatkan aktiviti antivirusMerendahkan kolestrol
~Merendahkan risiko terhadap serangan kanser
~Menjana sistem pertahanan badan (imuniti) dengan pembentukan sel-T
~Mengurangkan keracunan di ginjal
~Membiakkan mikrob Lactobacillus yang sihat dalam usus
~Mempercepatkan kesembuhan luka
~Mengatasi masalah kekurangan zat dan mineral
~Mengurangkan penderitaan akibat radiasi
~Mengaktifkan hematopoesis (pembinaan darah O dan hormon erythropoetin EPO).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan