Selasa, 2 November 2010

Selamat kembali..

Bersyukur kehadrat Ilahi atas segala nikmat dan kurniaan, tuhan sekalian alam, atas limpahan segala rezeki dan kelebihan yang di miliki. semua itu bukan hak milik kekal kita sebagai manusia sebaliknya, ia adalah milik yang Maha Agung serta Maha Berkuasa atas segala-galanya yang menciptakan semester ini secara keseluruhanya. menyebut tentang kebesaran Rab ini, membuatkan hati berasa amat tersentuh dan berasa sayu pula untuk terus menikmati hidup di alam ini. Sudah lama rasanya tidak menulis di ruangan ini meyebabkan hati berasa sayu dan pilu apabila berpeluang menatap kembali ruangan ini buat pertama kalinya di semester ini. Akibat beberapa kekurangan yang dimiliki, maka ruangan ini tidak dapat di update setiap masa.

Semester yang bermula telahpun tamat, pejam celik, pejam celik..semuanya berlalu dengan begitu pantas sekali. sehingga kini, tesisku masih belum dapat disiapkan lagi. InsyaAllah, minggu depan proses penghantaran akan bermula. Walaubagaimanapun, itulah manusia. mudah lupa dan terlalai dengan nikmat dunia (semoga dijadikan pengajaran).


Beberapa hari sudah, sahabatku bertanya tentang pemakanan herba yang patut diambilnya kerana masalah resdung. sebagai seorang yang masih mempunyai ilmu yang cetek dalam perubatan herba, aku mencadangkan agar pengamalan terhadap herba roselle dan cosnium plus dan di sinergikan pula dengan madu asli. semoga sahabatku cepat sembuh dengan izin Allah. Hari nie pula, seorang lagi sahabatku menelefon dan memberitahu bahawa beliau ade masalah yang sama. Diagnos jarak jauh di laksanakan, didapati masalah berpunca dari elemen rangsangan luaran dan menyebabkan pesakit selalu bersin2. Jadi, setelah lama berfikir, sebagai langkah penyelesaian, aku mencadangkan agar pengambilan roselle, consnium plus dan penggunaan pencuci muka anti resdung Basirah keluaran HPA. Doaku agar pesakit ini cepat sembuh dari penderitaanya.




Sebenarnya, kebanyakan daripada remaja, mengalami masalah yang sama iaitu resdung. masalah ini sebenarnya berpunca daripada alahan yang akan membawa kepada masalah gatal-gatal di hidung dan berair serta secara tidak langsung menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan kepada pengidapnya. Bukan seorang dua yang mengalami masalah ini, tetapi beribu-ribu lagi pengidap gejala ini di luar sana dengan pelbagai simptom dan gejala yang berbeza. Oleh itu, di nasihatkan kepada pesakit yang mengalami gejala-gejala seperti gatal-gatal muka, hidung dan kulit terutama selepas memakan makanan laut seperti udang, ketam, sotong dan sebagainya, maka mereka perlu mengamalkan herba-herba seperti yang disebutkan seperti cosnium plus, roselle (sinergi), madu asli (sinergi) dan jika mampu amalkan teh herba..


setakat ini dahulu pertemuan kita, semoga bertemu kembali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan